Sunday 9 September 2012

CINTA PANDANG PERTAMA

Assalamualaikum cinta, uishh,, HAHA!  cinta ! aish,, cinta lagi kan?? (ha! tp xpelah,,suke aty lah kan? ) ha,ok entry kali ini kita nak bincang pasal  ...... 

Pandang pertama .. emm cmne 2u ek??? haa.. pandang pertama adalah apabila seseorang lelaki atau wanita yang secara kebetulan terserempak dengan pasangan yang belum pernah kenal. Apabila dikatakan cinta pandang pertama ny, bererti hasil pertemuan yang tidak terancang itu sudah ada bibit cinta antara kedua, rasa cinta mula berputik di hati masing2. Pada pertemuan itu mereka mungkin tidak sempat berkata-kata, tetapi sudah tersimpan dalam hati bahawa “dia sesuai untuk aku.” 

Hasil pertemuan itu, salah seorang daripadanya akan cuba merisik dengan bertanya-tanya kawan masing-masing kalau-kalau mengenali orang yang dimaskudkan itu. Apakah yang menyebabkan seseorang itu mahu didekati dan dikenali secara lebih dekat? 

Yayaya!, sudah pasti pada lelaki atau wanita yang dipandang itu terdapat keistimewaan. Mungkin terpancar pada wajahnya akhlak yang baik, mungkin pada tingkah lakunya terserlah kasih sayangnya. Dan mungkin pada rupanya yang manis terserlah hati yang suci. 

Bolehkah pandang pertama itu dibuat ukuran? Kenapa tidak? Lazimnya pertemuan pertama tanpa terancang akan terserlah keaslian peribadinya. Maknanya kalau kita jumpa seseorang yang kita belum kenal, kita akan kenal perwatakan asalnya. Jadi, kalau dia seorang yang baik budinya, sepanjang pertemuan itu dia akan menampakkan kebaikannya. Sebaliknya jika dia seorang yang panas baran sebagai contoh, sewaktu pandang pertama itu sudah nampak riaknya, sudah nampak kelibat buruknya. Walaupun tidak nampak pada awalnya, akan terlihat juga sesekali kemudiannya. 

Inilah yang dikatakan cinta pandang pertama. Pandang mata itu biasanya tidak menipu malah orang yang dilihat juga tidak sempat menipu. Apabila hati sudah berkenan tindakan seterusnya perlu disusuli iaitu jalinan secara yang dibenarkan oleh Islam. Selagi mereka tidak mencetuskan dosa, sudah pasti mereka boleh menjadi suami isteri yang bahagia. 

Memahami maksud di atas, maka pertemuan yang terancang tidak boleh dikategorikan sebagai cinta pandang pertama. Sebagai contoh, perkenalan melalui internet, SMS atau telefon, setelah sekian lama bercinta, tentu mereka merancang pertemuan empat mata. Siapa yang boleh pastikan bahawa pertemuan itu akan menampilkan watak yang tulen? Saya pasti pertemuan terancang itu akan mengundang watak pelakon yang pastinya berlainan daripada asal. 

Bayangkan jika hasil pertemuan itu mereka berakhir di jinjang pelamin, adakah perkahwinan mereka boleh bahagia? Mungkin dalam kehidupan itu penuh lakonan demi cinta. walaupun boleh bahagia, mereka terpaksa berhadapan dengan krisis yang memeritkan. 

So.. kepada sesapew yg sedang mencari pasangan atau mencari cinta ,dapatkan cinta pandang pertama. Setelah ada ciri-ciri kebaikan yang dicari, risiklah secara lebih dekat melalui wakil yang jujur. Setelah itu, binalah hubungan secara lebih dekat dengan bertemankan kawan yang amanah. Setelah berpuas hati, mintalah ibu bapa rancang peminangan dan seterusnya perkahwinan. 

InsyaALLAH ..kalau kaedah ini dapat diikuti, pasangan itu akan bahagia sehingga ke dalam syurga. itu yang kita semua nak kan? AMIN YA RABBAL ALAMIN.. sme2 kita berdoa k, 

k lah .. MOGA BERMANFAAT EY ,, wassalam <3<3<3

No comments: