Friday 31 May 2013

Konsep Wadi'ah

Bila ada mood and idea untuk diluahkan dituliskan dan ditaipkan HA~ macam ni lah jadinya ~ macam2 nak post ^.^'' hehe

Assalamualaikum :)

Konsep Wadi'ah ~ as we know. (acecewah) Al-Wadiah bermaksud Simpanan . Simpanan untuk masa depan, untuk hari tua nanti and untuk waktu kecemasan lah hA ~

*Pengenalan sikit tentang Konsep Wadi'ah :

Wadi'ah bermaksud menyimpan sesuatu yang disimpan bukan pada pemiliknya untuk dijaga. Wadi'ah sangat diperlukan oleh masyarakat untuk memudahkan kehidupan mereka. Lebih-lebih lagi dalam kesibukan dunia masa kini yang memerlukan bantuan pihak lain untuk menjaga dan memelihara harta yang dimiliki.
Untuk tujuan keselamatan, kadang-kadang kita terpaksa menyerahkan urusan menjaga harta kepada pihak lain yang mempunyai kepakaran. Justeru, pemilik harta dibenarkan untuk meletakkan harta yang dimiliki di bawah penjagaan pihak lain dengan syarat pihak tersebut mempunyai sifat amanah dan bertanggungjawab.

Ini sejajar dengan gesaan Allah SWT melalui surah An-Nisa' ayat 58 yang bermaksud, sebelum meletakkan simpanan di bawah jagaan orang lain, hendaklah dipastikan individu tersebut mempunyai sifat amanah. Maka barang siapa yang telah diamanahkan untuk menjaga barangan milik orang lain, perlu menjaganya seolah-olah barang tersebut adalah miliknya. Hendaklah menyayanginya sebagaimana dia menyayangi sesuatu yang dimilikinya. Firman Allah SWT: ‘’...hendaklah yang dipercayai itu menunaikan amanah…’’ Rasulullah SAW juga bersabda: "Serahkanlah amanah kepada orang yang mempercayaimu, dan jangan kamu khianati orang yang mengkhianatimu."       

*Definisi :


Wadi’ah berasal daripada perkataan arab iaitu wada’asy syai-a yang membawa maksud meninggalkan sesuatu. Wadi’ah adalah sesuatu yang ditinggalkan oleh seseorang kepada orang lain agar dijaga , kerana dia meninggalkannya pada orang yang sanggup menjaganya[1]. Secara harfiah,  Al-wadi’ah juga didefinisikan sebagai titipan murni dari satu pihak ke pihak yang lain, sama ada  individu atau pihak berkuasa yang harus menjaga dan mengembalikan barang yang diamanahkan kepada pemilik ketika pemilik memerlukannya[2]. Titipan bermaksud barang yang diserahkan atau diamanahkan kepada seseorang supaya barang itu dijaga dengan baik.
Terdapat dua definisi yang dikemukakan oleh ulama fiqh[3] :
i)             Ulama madzhab hanafi mendefinisikan :
تسليط الغير على حفظ ماله صارحا أو دلالة
‘’Mengikut sertakan orang lain dalam memelihara harta baik dengan ungkapan yang jelas atau isyarat.”

ii)            Madzhab Hambali, Syafi’i dan Maliki ( jumhur ulama ) mendefinisikan wadhi’ah sebagai berikut :
توكيل في حفظ مملوك على وجه مخصوص
“ Mewakilkan orang lain untuk memelihara harta tertentu dengan cara tertentu.’’

Selain itu, terdapat juga pandangan-pandangan lain . Antaranya :
i)             Menurut Hasbi-Ashidiqie Al-Wadi’ah ialah :
“Akad yang beerti meminta pertolongan pada seseorang dalam memelihara harta penitip.”
ii)            Menurut Syaikh Syihab Al-Din Al-Qalyubi Wa Syaikh Umairah Al-Wadi’ah ialah :
“Sesuatu benda yang diletakkan pada orang lain untuk dipeliharanya.’’
iii)           Menurut Ibrahim Al-Bajuri pula Al-Wadi’ah ialah:
“Akad yang dilakukan untuk penjagaan.”
iv)           Menurut tokoh – tokoh ekonomi perbankan:
‘’Al-wadi’ah adalah akad penitipan barang atau wang kepada pihak yang diberi kepercayaan dengan tujuan untuk menjaga keselamatan, keamanan dan keutuhan barang atau wang tersebut.’’[4]

Jika detiliti akan semua pandangan oleh ulama dan pandangan tokoh-tokoh yang lain dengan definisi sebenar wadi’ah, dapat disimpulkan di sini bahawa tiada perbezaan definisi yang terlihat. Jadi, definisi Al-wadi’ah atau dikenali dengan nama titipan atau simpanan,dan prinsip wadi’ah adalah titipan murni dari satu pihak ke pihak lain baik perseorangan ataupun pihak berkuasa yang harus dijaga dan dikembalikan apabila penitip menghendaki barang tersebut.






[1]  Fadly. Bab wadhi’ah ( titipan ).
(http://alislamu.com/index.php?Itemid=22&id=283&option=com_content&task=view)
[2] Administrator. Prinsip Al-Wadiah pada Perbankan Syariah.
(http://www.vibiznews.com/articles_financial_last.php?id=24&sub=article&month=OKTOBER&tahun=2007&awal=0&page=syariah)
[3] Hasan, M. Ali. Berbagai Macam Transaksi Dalam Islam ( Fiqh Muamalah ). ( Jakarta : PT Raja Grafindo Persada, 2004) hal. 245
[4] Triandaru, Sigit, Budisantoso, Totok. Bank Dan Lembaga Keuangan Lain. ( Jakarta : Penerbit Salemba Empat, 2006) hal. 161

*Rukun :


Ulama Hanafiyah menyatakan bahawa rukun wadi'ah adalah ijab dan qabul , manakala jumhur ulama mengatakan bahawa terdapat empat rukun wadi’ah iaitu:
1)  Muwaddi' ( orang yang mengamanahkan )
2) Wadi' ( orang yang diamanahkan )
3) Wadi'ah ( barang yang diamanahkan )
4) Sighoh ( ijab dan kabul )


*Hukum :


Terdapat 4 hukum menerima barang atau benda yang dititipkan (diamanahkan)  atau diserahkan iaitu:
1)     Sunat
Disunatkan menerima wadi’ah bagi orang yang percaya kepada dirinya bahawa dia sanggup menjaga barang yang tersebut.
2)    Wajib
Diwajibkan menerima wadi’ah bagi seseorang yang percaya bahawa dirinya sanggup menerima dan menjaga barang  tersebut, sementara orang lain tiada seorang pun yang boleh dipercayai untuk memeliharanya.
3)    Haram
Diharamkan menerima wadi’ah bagi seseorang yang tidak mempunyai kuasa dan tidak sanggup memelihara barang tersebut kerana dengan menerima barang tersebut boleh menjurus atau memberi kesempatan (peluang) kepadanya untuk melakukan kerosakan atau kehilangan sehingga akan menyusahkan pihak yang berkenaan.
4)     Makruh
Dimakruhkan menerima wadi’ah bagi orang yang percaya kepada dirinya sendiri tetapi kurang yakin atau ragu-ragu  akan kemampuannya untuk menjaga barang tersebut. Hal ini demikian kerana, dikhuawatiri dia akan khianat terhadap orang yang menitipkan barang tersebut dengan cara merosakkan atau menghilangkan barang tersebut.
Dalam konsep Al-Wadi’ah, penerimaan sesuatu barang yang diamanahkan atau dititipkan kepada seseorang adalah berlandaskan 4 hukum iaitu sunat, wajib , haram dan makruh . Wadi’ (orang yang diamanahkan) tidak boleh menerima wadi’ah jika dia tidak memiliki kuasa atau tidak sanggup memelihara barang tersebut dengan baik. Jika wadi’ tetap menerima wadi’ah tersebut ,ini akan menyebabkan jatuhnya hukum haram. Begitu juga dengan hukum-hukum yang lain. Dapat disimpulkan di sini, setiap wadi’ yang hendak menerima wadi’ah perlulah berlandaskan hukum dan situasi sebenar wadi’ .

*Jenis :


Konsep Wadi’ah boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu wadi’ah yad amanah dan wadi’ah yad dhomanah.
Wadi’ah yad amanah ialah jenis wadi’ah yang pertama dimana pada keadaan ini, barang yang diamanahkan merupakan bentuk amanah belaka dan tidak ada kewajiban bagi wadi’ (orang yang diamanahkan) untuk menanggung kerosakan kecuali kerana kelalaiannya sendiri.      
Jenis wadi’ah yang kedua ialah wadi'ah yad dhomanah. Sesuatu simpanan atau barang yang diamanahkan boleh berubah menjadi yad dhomanah, iaitu wadi’ sebagai orang yang diamanahkan haruslah menanggung kerosakan atau kehilangan wadi'ah iaitu barang yang diamanahkan oleh sebab-sebab berikut:
a)         Wadi’ memberi barang yang diamanahkan kepada orang yang tidak biasa menyimpan barang.
            b)         Wadi’ meninggalkan barang yang diamanahkan sehingga rosak.
c)         Memanfaatkan barang yang diamanahkan sehingga merosakkan zat barang tersebut. Walaupun memanfaatkan barang tersebut dibolehkan bagi wadi', sebagai contoh muwadi' (orang yang mengamanahkan) mengamanahkan kepada wadi' untuk menjaga lembu-lembunya kerana muwadi' ingin menunaikan haji. Semasa muwadi’ pergi menunaikan haji, wadi' telah memanfaatkan susu lembu tersebut, maka ia dibolehkan tetapi wadi' tidak boleh menyembelih lembu itu ataupun mengambil dagingnya kerana ia membinasakan zat barang amanah tersebut.
d)         Jika wadi’ tidak mahu menyerahkan barang ketika muwaddi’ memerlukan barang tersebut, maka wadi’ harus menanggung jika barang yang diamanahkan itu mengalami kerosakan.
e)         Mencampurkan barang yang diamanahkan dengan barang lain yang tidak dapat dipisahkan.

Kesimpulannya, wadi’ah yad amanah ialah amanah yang sebenarnya amanah dan wadi’ iaitu orang yang diamanahkan tidak diwajibkan menanggung kerosakan barang tersebut kecuali kerana kelalaiannya sendiri. Manakala wadiah yad dhomanah pula ialah wadi’ harus menanggung kerosakan atau kehilangan wadi’ah (barang yang diamanahkan) oleh sebab-sebab tertentu.

*Konsep Wadi'ah dalam Perbankan Islam & Perbankan Konvensional :


Dalam dunia perbankan Islam, Wadi'ah adalah antara jenis perkhidmatan yang disediakan oleh pihak bank kepada pelanggan. Ia dikenali sebagai Akaun Simpanan Wadi’ah. Pelanggan atau pendeposit akan membuat simpanan dalam akaun ini yang berasaskan kontrak Wadi'ah. Pendeposit akan bertindak sebagai Muwaddi' (orang yang mengamanahkan) dan bank akan dilantik sebagai Wadi' (orang yang diamanahkan). Pihak bank biasanya akan menggunakan duit yang disimpan oleh pendeposit-pendeposit dengan kebenaran mereka. Bank akan menggunakannya untuk membuat pelaburan yang mempunyai risiko yang agak rendah atau untuk menyediakan pembiayaan kepada pelanggan-pelanggan yang memerlukan. Oleh kerana bank telah menggunakan deposit pelanggan tersebut, maka ia perlu menjamin deposit tersebut. Ini bermakna, walaupun bank menggunakan duit tersebut, pelanggan tetap dapat mengeluarkan simpanannya pada bila-bila masa.
            Bagi menghargai pihak pelanggan, bank akan memberikan hibah (memberi milik harta kepada orang lain tanpa ganjaran atau gentian) sekiranya mendapat keuntungan. Namun, ia tidak boleh dijanji atau ditetapkan dalam kontrak oleh mana-mana pihak kerana akan menimbulkan isu riba. Hibah tersebut hanya boleh ditentukan mengikut budi bicara bank berdasarkan pertimbangan prestasi keuntungan.
            Dalam perbankan konvensional, pelanggan dijanjikan dengan pulangan tertentu secara tetap. Sebagai contoh 0.1 peratus hingga 0.2 peratus. Apabila keadaan ini berlaku, bank dikira sebagai meminjam daripada pelanggan. Sekiranya pinjaman itu mendatangkan manfaat yang melebihi kadar pinjaman, hukumnya adalah haram kerana ia adalah riba.
Ia berdasarkan sebuah Hadis yang bermaksud: "Setiap pinjaman yang membawa kepada manfaat bagi pemberi pinjam maka ia adalah riba." (Naylul Awtar, As-Syawkani, 5/232). Imam Ibn Qudamah pula berkata yang bermaksud "Setiap pinjaman yang disyaratkan padanya memberi tambahan, maka ia adalah haram tanpa sebarang pertikaian." (Ibn Qudamah, Al-Mughni 4/318).
          Kesimpulannya, kontrak Wadi'ah adalah kontrak yang bersifat amanah di mana orang yang diamanahkan untuk menjaga barang tersebut tidak akan bertanggungjawab untuk menanggung ganti rugi sekiranya berlaku kerosakan dan kehilangan. Namun, sekiranya ia berlaku dengan sengaja atau di atas kecuaiannya dan beberapa faktor yang telah disebutkan, maka dia perlu menggantikannya.

Ehem2 ! Say THANK YOU to me cepat . ehhe~ WELCOME ! WELCOME ! . ini adalah hasil kerja kami satu kumpulan . assignment lah katakan . tak salah kalau kongsi ilmu kan .

So . Good Luck ! Wassalam XOXo

May berlalu June menyusul

tup2 dah 31/5/2013 , cepat kan masa berlalu .

Assalamualaikum , nothing to share actually . Just nak type suka-suka je .
Tinggal lagi one week je nak balik UiTM ,huhu :'( - feeling sad . But , sedih macam mana pun, still have to go . Still kena jalankan tugas as student. Still kena galas beg yang penuh dengan buku . Still kena pakai student card , Still ~ . Still ~ StillLetto  o.O' hah?

Tapi . . kekadang rasa excited pon ada :) . Ye lah ,dh masuk sem 4 taww . (sukesukesuke) .  HAHA .

Teruskan perjuangan , Tempuhi cabaran untuk menjadi seorang yang Cemerlang.

haa~ tudia kata-kata pujangga daripada Aisyah Yahya haa ^^,

BTW doakan Aisyah & kawan2 success ok *peace yo ! 

Moment with classmate merangkap Sahabat at UiTM Arau, Perlis .


after class Macroeconomics :)



Part 1


class XD


at Padang yg luas terbentang ^.^


at Pantai Merdeka .

:*



Monday 20 May 2013

Resipi Masak Asam Ala Penang


Assalamualaikum and Hai ;)
today , i want to share recipe Masak Asam Ala Penang  . It's very easy . ( Jenuh bukak Dictionary la kalaw naik tulis BI semua, Malay lah senang kan ? )

Pendekkan entry ,ok untuk buat ( means masak la k ) masak asam ala penang ni . 

WE NEED :
*bawang besar 1 biji
*bawang putih 2 ulas
*cili merah ( ikot suka banyak mana nak letak )
*ikan kembung @ ikan bilis @ lain-lain ikan ( yang telah digoreng )
*air asam jawa 
*garam

HOW TO COOK ?
1 : potong  bawang besar , bawang putih & cili merah td.
2 : panaskan minyak dan masukkan bahan yang telah dihiris/ dipotong ke dalam kuali . ( jangan dibiar lama ,   nanti hangus pulak bahan-bahan tadi tu "-.- )
3 : selepas masukkan bahan tadi, terus masukkan air asam jawa yang telah diperah .
4 : masukkan sedikit air untuk hasilkan kuah yang banyak ( mengikut citarasa anda )
4 : kemudiam masukkan ikan yang telah digoreng .
5 : sedikit garam mengikut citarasa anda dan,
6 : kemudian biarkan hanya seketika (agak mendidih sedikit ) and SIAP UNTUK DIHIDANG !

Tadaa~

Masak Asam Ala Penang
yummeyhh ~.~

Wish you luck "^.^

Tuesday 14 May 2013

AZAB BAGI KAUM WANITA DI NERAKA

assalamualaikum .
Hari ini,aisyah nak kongsi satu article yang aisyah baca dalam FB td. ok jangan bazir masa, jom baca article kat bawah ni ~

<¤( AZAB BAGI KAUM WANITA DI NERAKA )¤>

(Tolong ingatkan kepada semua kaum perempuan yang Anda kenal) 

Saudara dan saudari kaum muslimin dan muslimat, renungan khususnya untuk para wanita. Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah saw menangis mankala ia datang bersama Fatimah. Lalu keduanya bertanya mengapa Rasulullah saw, mengapa beliau menangis. 

Beliau menjawab, "Pada malam aku di 
isra'- kan, aku melihat perempuan- perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Karena, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya." Putri Rasulullah saw kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. "Aku lihat ada perempuandigantung rambutnya, otaknya mendidih. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.
Aku lihat perempuan tergantung kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kala jengking.

Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri. Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk karena penyakit sopak dan kusta.

Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar, beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malikat memukulnya dengan pentung dari api neraka," kata Nabi saw.

Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan, "Mengapa mereka disiksa seperti itu?" 

*Rasulullah menjawab, "Wahai putriku, Adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.

Perempuan yang digantung susunya adalah isteri yang 'mengotori' tempat tidurnya. Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan
perempuan yang tidak mau mandi suci dari haid dan nifas. 

Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah karena ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain. Perempuan yang memotong sendiri dengan gunting api neraka karena ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya.

Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kalajengking padanya karena dia meninggalkan solat dan tidak mahu mandi junub.

Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta. Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami."

Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis. Dan inilah peringatan kepada kaum perempuan. 

dah selesai baca Alhamdulillah . moga kita semua dihindari drpd azab api neraka. insyaALLAH. 

wassalam. :)

I Love This Song

before that, Assalamualaikum & hai .
i love this song .

Bahagiamu Deritaku by Hafiz 




Ku dengar kau cinta sangat padanya
Ku dengar hatimu kini miliknya
Dia kan menjadi teman sehidup dan semati
Aku menjadi sahabatmu

Siksanya mengakui kau teman biasa
Terpaksa ku terima itu hakikatnya
Yang pasti aku tak mahu lupakan cinta
Kau percik api membakar kenangan lama

Aku tak tahu menilai cintamu
Aku tak mampu pertahankan

Tinggalkanku, perlahan-lahan ku trima
Semakin ku sakit, semakin kau bahgia
Mengapakah aku jadi lemah
Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu

Yang pasti aku tak mau lupakan cinta
Kau percik api membakar kenangan lama

Aku tak tahu menilai cintamu
Aku tak mampu pertahankan

Tinggalkanku, perlahan-lahan ku trima
Semakin ku sakit, semakin kau bahgia
Mengapakah aku jadi lemah
Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu, bersamamu

Mengapakah aku jadi lemah
Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu


wassalam ;')



Tuesday 7 May 2013

Baju Kurung for RAYA

Assalamualaikum , setelah beberapa hari aku off day. Ha~ today, aku kena start rutin kerja aku as usual la. Rehat seketika melepaskan kepenatan tak salah kan :) . Rehat, rehat jugak tanggungjawab sesekali jangan dilupakan, kerja tetap kerja . Orite, aisyah nak inform Baju kurung pattern baru ada di 




Still available . Myra Zafrina Collection (MZC) juga ada melangsungkan jualan penghabisan stock . Harga baju kurung serendah RM50, RM35 each . Jangan lepaskan peluang ini ok. 
apa-apa pon, jangan lupa kunjungi page MZC ok,segalanya ada disitu . TQ ;)