Friday 30 November 2012

Half Moon Nur Kasih (corak)


MAI2 PILIH MAI ...!



no. item 1


no. item 2


no. item 3


no. item 4


no. item 5


no. item 6


no. item 7


no. item 8


no.item 9


no.item 10


no. item 11


no. item 12


no item 13


no. item 14

Zafirah Collections (ZC) ♥

untuk belian ONLINE :
*tudung Nur Kasih( half moon) = RM45 + RM6 (postage) = RM51
berminat,,inbox,nma, alamat, no.telefon & no. item ..

untuk belian OFFLINE (dtg lah ke butik kami yer)
*tudung Nur Kasih( half moon) = RM45

berminat,,kunjungi butik kami di alamat:
No.7 , Lorong Bertam Ria 2,
Taman Bertam Ria,
13200 Kepala Batas,
Pulau Pinang.
(bangunan berhadapan dgn Pejabat Pelajaran Daerah Seberang Perai Utara, P.Pinang)

Zafirah Collections
untuk ape2 pertanyaan mengenai tudung boleh :
* SMS/CALL 0175615911 / 0134289588
*@ inbox je kat Page ZC Zafirah Collections @ FB Siti Aisyah ok!


Saturday 17 November 2012

tudung Nur Kasih from Zafirah Collections

click here - ZC Zafirah Collections
antara koleksi tudung di butik Zafirah collections.-Tudung Nur Kasih ..


 soe sold out !


Zafirah Collections (ZC) ♥
*tudung Nur Kasih (Yasmin-Chiffon) free size

untuk belian ONLINE :
tudung RM95 
brooch RM20
* kalaw 1 set : RM115 + postage RM6= RM120

berminat,,inbox,nma, alamat, no.telefon ..

untuk belian OFFLINE (dtg lah ke butik kami yer)
tudung RM95
brooch RM20
* 1 set = RM 115

berminat,,kunjungi butik kami di alamat:
No.7 , Lorong Bertam Ria 2,
Taman Bertam Ria,
13200 Kepala Batas,
Pulau Pinang.
(bangunan berhadapan dgn Pejabat Pelajaran Daerah Seberang Perai Utara, P.Pinang)

Zafirah Collections
untuk ape2 pertanyaan mengenai tudung boleh :
* SMS/CALL 0134289588

Friday 16 November 2012

Kerja Oh ! kerja

slm ukhwah!
lamanye x update blog dah nak masok dua bulan dah. Nak wat cmner,, tinggalkan semuanye untuk final exam . Alhamdulillah result pon dah keluar n syukur padaMu ya ALLAH .. ada peningkatan! ..


 good job Aisyah ! 
tQ baby >,< 
( next sem kasi dekan yeah ) insyaALLAH ,, dgn izin ALLAH S.W.T. amin.. HaHa .. semua student nak dekan tp bergantung atas usaha masing2 lah, kuat usahanya, cemerlanglah resultnya.. and kat sini nak ucap congrate gak to all my friends yg dpt result cemerlang, Tahniah yo!

hah?? ok2,, 
(terlebih plak mukadimahnya)
lepas Final Exam, semua student akan cuty sem kan? haaa.. benda ny yg aisyah suka n x suka? (mcm mna 2) :) yg sukanya sbb boleh relax kat desaku tercinta, almaklumlah cuty,, so relaxlah kan.. tp yg x sukanya.. xtaw nak buat apa kat rumah 2u huishh,, BORING KOT CUTY LAMA2!! ..
tapi,,tapi,,tapi, 
aisyah x lah rasa boringnya 2u,,sbb aisyah kerja Part Time at  
Visit Here : ZC Zafirah Collections 
jgn lupa like ey,
tQ to boss,, kak Zafirah ambek aisyah keje ye, hee
 woo! best woo! bos sporting ,,kak Mila (kak yg keje dgn aku) pon sporting,, hah.. baek pulak 2u,,cantek.. hampa nak kenai x dengan dya?? nak? nah FB dye.Syazmin Izahar. add lah n kenal2 lah dgn dye ey...  

tp sayang,aku keje cuma kejup je,,x smpai sebulan huhu .. lagi beberapa hari g keje aku keje dgn butik nyh,, susah nak dpt majikan n rakan sekerja mcm depa, but.. aku xkan lupa sweet moment with them.
kerja Sales Girl yg tidak membebankan aku.. best! layan kerenah customer2 .. macam2 !! 
hope nanti cuty sem boleh wat part time kat sini lagi, hee..
InsyaALLAH ..k lah, Slm~

Sunday 9 September 2012

CINTA PANDANG PERTAMA

Assalamualaikum cinta, uishh,, HAHA!  cinta ! aish,, cinta lagi kan?? (ha! tp xpelah,,suke aty lah kan? ) ha,ok entry kali ini kita nak bincang pasal  ...... 

Pandang pertama .. emm cmne 2u ek??? haa.. pandang pertama adalah apabila seseorang lelaki atau wanita yang secara kebetulan terserempak dengan pasangan yang belum pernah kenal. Apabila dikatakan cinta pandang pertama ny, bererti hasil pertemuan yang tidak terancang itu sudah ada bibit cinta antara kedua, rasa cinta mula berputik di hati masing2. Pada pertemuan itu mereka mungkin tidak sempat berkata-kata, tetapi sudah tersimpan dalam hati bahawa “dia sesuai untuk aku.” 

Hasil pertemuan itu, salah seorang daripadanya akan cuba merisik dengan bertanya-tanya kawan masing-masing kalau-kalau mengenali orang yang dimaskudkan itu. Apakah yang menyebabkan seseorang itu mahu didekati dan dikenali secara lebih dekat? 

Yayaya!, sudah pasti pada lelaki atau wanita yang dipandang itu terdapat keistimewaan. Mungkin terpancar pada wajahnya akhlak yang baik, mungkin pada tingkah lakunya terserlah kasih sayangnya. Dan mungkin pada rupanya yang manis terserlah hati yang suci. 

Bolehkah pandang pertama itu dibuat ukuran? Kenapa tidak? Lazimnya pertemuan pertama tanpa terancang akan terserlah keaslian peribadinya. Maknanya kalau kita jumpa seseorang yang kita belum kenal, kita akan kenal perwatakan asalnya. Jadi, kalau dia seorang yang baik budinya, sepanjang pertemuan itu dia akan menampakkan kebaikannya. Sebaliknya jika dia seorang yang panas baran sebagai contoh, sewaktu pandang pertama itu sudah nampak riaknya, sudah nampak kelibat buruknya. Walaupun tidak nampak pada awalnya, akan terlihat juga sesekali kemudiannya. 

Inilah yang dikatakan cinta pandang pertama. Pandang mata itu biasanya tidak menipu malah orang yang dilihat juga tidak sempat menipu. Apabila hati sudah berkenan tindakan seterusnya perlu disusuli iaitu jalinan secara yang dibenarkan oleh Islam. Selagi mereka tidak mencetuskan dosa, sudah pasti mereka boleh menjadi suami isteri yang bahagia. 

Memahami maksud di atas, maka pertemuan yang terancang tidak boleh dikategorikan sebagai cinta pandang pertama. Sebagai contoh, perkenalan melalui internet, SMS atau telefon, setelah sekian lama bercinta, tentu mereka merancang pertemuan empat mata. Siapa yang boleh pastikan bahawa pertemuan itu akan menampilkan watak yang tulen? Saya pasti pertemuan terancang itu akan mengundang watak pelakon yang pastinya berlainan daripada asal. 

Bayangkan jika hasil pertemuan itu mereka berakhir di jinjang pelamin, adakah perkahwinan mereka boleh bahagia? Mungkin dalam kehidupan itu penuh lakonan demi cinta. walaupun boleh bahagia, mereka terpaksa berhadapan dengan krisis yang memeritkan. 

So.. kepada sesapew yg sedang mencari pasangan atau mencari cinta ,dapatkan cinta pandang pertama. Setelah ada ciri-ciri kebaikan yang dicari, risiklah secara lebih dekat melalui wakil yang jujur. Setelah itu, binalah hubungan secara lebih dekat dengan bertemankan kawan yang amanah. Setelah berpuas hati, mintalah ibu bapa rancang peminangan dan seterusnya perkahwinan. 

InsyaALLAH ..kalau kaedah ini dapat diikuti, pasangan itu akan bahagia sehingga ke dalam syurga. itu yang kita semua nak kan? AMIN YA RABBAL ALAMIN.. sme2 kita berdoa k, 

k lah .. MOGA BERMANFAAT EY ,, wassalam <3<3<3

Sunday 2 September 2012

Tutorials For New Bloggers :)

Assalamualaikum, !
ok .. di atas permintaan shbatku NUR IDAYU :)..

so kat sini aisyah nak kongsi Tutorials for new Bloggers he.. aisyah pon new jugak haHA. eh! tutorials ny bukan dari aisyah eyh,,aisyah pon tgok tutorials dri org laen jugak .. ala..standard la 2 kan? dah ada ilmu so sama2lah kita kongsi kan2??

P/s: Jangan kedekut ilmu taw.. nanti Allah x ske.. :)

k, firstly thanks to LYSSA FAIZUREEN & WAN HAZEL yg banyak wat tutorials untuk panduan kpda new bloggers mcm aisyah nyh .. tQ eyhh..  try la click kat nma dyeorang 2u nanti kuar la blog yg
wow !! haha.. kreatif n inovatif kot.,,,  law x cayer bukak lah..! THANK YOU SOSOSOSO MUCH!

:) ok2 dipendekkan cerita.. korang nak blajar @ nak tutorials apa2 tentang blog korang CLICK JE LINK KAT BAWAH NI K..,


ok,, slmat mencuba k, Assalamualaikum WBT.

Friday 31 August 2012

CintaHubbLoveAmor


Assalamualaikum W.B.T ,

fuh2 ! berHabuknye blog aisyah...  al maklumlah dah sebulan xjenguk (ish2 malas betul) .ehem2 bukan malas la,BUZY :) ,,mau nye x buzy ,nak sambut raya katakan.haih mcm budak2 kan? HAHA .. 

ALANG2 MENYELUP PEKASAM BIAR SAMPAI KE PANGKAL LENGAN 
 alang2 dah post ny rasanyer belom terlambat kan untuk aisyah ucapkan SELAMAT HARI RAYE & SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN yg ke 55 ..haa.. 2 in 1 .. jimat masa :)

aish mengarut je lebeh 
CINTA .  in malay . HUBB . in arabic. LOVE . in english . AMOR . in spanish . Sebenarnye cinta/hubb/love/amor adalah mmbawa maksud yg sama cuma ejaan yg berbeza . bg pendapat korang, APA maksud cinta??  KasihSayangYangTerjalinAntaraDuaInsan ?? PerasaanYangTimbulDalamSesebuahPerkenalan?? macam2 kita boleh maksudkan kan.?... kadang-kadang kita sebagai manusia ny pandai BerCinta je tp xtahu maksud nye ?  ( x tuju kat  sape2 pon k.. ini nasihat untuk diri aisyah sendiri jugak >.< )  


Cinta adalah anugrah Tuhan bagi semua manusia. Cinta datang dari hati, tumbuh dalam hati, bersemi dalam hati dan cinta adalah perpaduan dua hati.


time aisyah tgh search2 kat google td, ada terjumpe article dari Ifah90 (Halaqah.Net) ..Definisi CINTA dlm Al'Quran ,,asyik2 kita tgok definisi dlam kamus jew kan?..so ,kali nyh kita tgok dlm Al'Quran pulak ..cepat2 baca boleh tambah ilmu skali.. ha~ korang bace lah sendiri kat bawah ny eyh.. 

Definisi CINTA dlm Al'Quran

Kata cinta dalam Al Qur’an disebut Hubb (mahabbah) dan Wudda (mawaddah), keduanya memiliki arti yang sama yaitu menyukai, senang, menyayangi.

Sebagaimana dalam QS Ali Imron : 14 “Dijadikan indah dalam pandangan manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah lah tempat kembali yang baik (syurga).” Dalam ayat ini Hubb adalah suatu naluri yang dimiliki setiap manusia tanpa kecuali baik manusia beriman maupun manusia durjana.

Adapun Wudda dalam QS Maryam : 96 “ Sesungguhnya orang-orang beriman dan beramal sholeh, kelak Allah yang maha pemurah akan menanamkan dalam hati mereka kasih sayang ” jadi Wudda (kasih sayang) diberikan Allah sebagai hadiah atas keimanan, amal sholeh manusia. Dipertegas lagi dalam QS Ar Rum : 21 “ Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah ia menciptakan untukmu dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berpikir.” Dalam ayat inipun Allah menggambarkan ‘cenderung dan tentram’ yang dapat diraih dengan pernikahan oleh masing-masing pasangan akan diberi hadiah (ja’ala) kasih sayang dan rahmat.

Dalam fil gharibil Qur’an dijelaskan bahwa hubb sebuah cinta yang meluap-luap, bergejolak. Sedangkan Wudda adalah cinta yang berupa angan-angan dan tidak akan terraih oleh manusia kecuali Allah menghendakinya, hanya Allah yang akan memberi cinta Nya kepada hamba yang dkehendakiNya. Allah yang akan mempersatukan hati mereka. Walaupun kamu belanjakan seluruh kekayaan yang ada di bumi, niscaya kamu tidak akan mendapatkan kebahagiaan cinta jika Allah tidak menghendakiNya. Oleh karena itu terraihnya cinta—wudda pada satu pasangan itu karena kualitas keimanan rohani pasangan tersebut. Semakin ia mendekatkan diri kepada sang Maha Pemilik Cinta maka akan semakin besarlah wudda yang Allah berikan pada pasangan tersebut.


Cinta inilah yang tidak akan luntur sampai di hari akhir nanti sekalipun maut memisahkannya, cinta yang atas nama Allah, mencintai sesuatu atau seseorang demi dan untuk Allah.



haa.aisyah paling stuju dgn ayat ny...   ''Walaupun kamu belanjakan seluruh kekayaan yang ada di bumi, niscaya kamu tidak akan mendapatkan kebahagiaan cinta jika Allah tidak menghendakiNya. ''

betul kan?? Kita hanya mampu merancang tp ALLAH SWT yg menentukan,, Law ALLAH SWT x izinkan sesuatu pasangan itu hidup bersama maka x jadilah.. WALLAHHUALAM . k lah sampai sini je entry aisyah untuk kali nyh,, mohon maaf law ada tersalah apew2 ek. Assalamualaikm WBT. 


Tuesday 24 July 2012

Kisah iblis bertemu Rasulullah S.A.W

Assalamualaikum wbt..
ary ny aisyah nak kongsi 1 kisah untuk tatapan kita semua,,moga bermanfaat  ! bace sampai abes ey,,
InsyaALLAH ,x rugi sikit pon tp kita dapat bnyak lagi faedah ada lah ,.. ^^,  ..
ok..SELAMAT BERILMU BERAMAL & BERTAQWA.. :)










Ketika kami sedang bersama Rasulullah SAW di kediaman seorang sahabat Anshar, tiba - tiba terdengar panggilan seseorang dari luar rumah:

"Wahai penghuni rumah, bolehkah aku masuk? Sebab kalian akan memerlukanku. "

Rasulullah bersabda : "Tahukah kalian siapa yang memanggil?"

Kami menjawab : "Allah dan rasulNya yang lebih tahu."

Beliau melanjutkan, "Itu iblis, laknat Allah bersamanya."

Umar bin Khattab berkata: "Izinkan aku membunuhnya wahai Rasulullah"

Nabi menahannya :" Sabar wahai Umar, bukankah kamu tahu bahwa Allah memberinya kesempatan hingga hari kiamat? Lebih baik bukakan pintu untuknya, sebab dia telah diperintahkan untuk ini, fahamilah apa yang hendak ia katakan dan dengarkan dengan baik."

Ibnu Abbas RA berkata: Pintu lalu dibuka, ternyata dia seperti seorang tua yang cacat satu matanya. Di janggutnya terdapat 7 helai rambut seperti rambut kuda, taringnya terlihat seperti taring babi, bibirnya seperti bibir sapi..

Iblis berkata: "Salam untukmu Muhammad.... Salam untukmu para hadirin..."

Rasulullah SAW lalu menjawab : "Salam hanya milik Allah SWT, sebagai mahluk terlaknat, apa keperluanmu? "

Iblis menjawab : "Wahai Muhammad, aku datang ke sini bukan atas kemahuanku, namun kerana terpaksa."

"Siapa yang memaksamu? "

"Seorang malaikat utusan Allah mendatangiku dan berkata:

"Allah SWT memerintahkanmu untuk mendatangi Muhammad sambil menundukkan diri. Beritahu Muhammad tentang caramu dalam menggoda manusia. Jawablah dengan jujur semua pertanyaannya. Demi kebesaran Allah, andai kau berdusta satu kali saja, maka Allah akan jadikan dirimu debu yang ditiup angin."

"Oleh kerana itu aku sekarang mendatangimu. Tanyalah apa yang hendak kau tanyakan. Jika aku berdusta, aku akan dicaci oleh setiap musuhku. Tidak ada sesuatu pun yang paling besar menimpaku daripada cacian musuh."

ORANG YANG DIBENCI IBLIS

Rasulullah SAW lalu bertanya kepada Iblis: "Kalau kau benar jujur, siapakah manusia yang paling kau benci?"

Iblis segera menjawab: " Kamu, kamu dan orang sepertimu adalah mahkluk Allah yang paling aku benci."

"Siapa selanjutnya? "

"Pemuda yang bertakwa yang memberikan dirinya mengabdi kepada Allah SWT."

"Lalu siapa lagi?"

"Orang Alim dan wara'"

" Lalu siapa lagi?"

"Orang yang selalu bersuci."

"Siapa lagi?"

"Seorang fakir yang sabar dan tak pernah mengeluhkan kesulitannnya kepada orang lain."

"Apa tanda kesabarannya? "

" Wahai Muhammad, jika ia tidak mengeluhkan kesulitannya kepada orang lain selama 3 hari, Allah akan memberi pahala orang - orang yang sabar."

"Selanjutnya apa?"

"Orang kaya yang bersyukur."

"Apa tanda kesyukurannya ?"

"Ia mengambil kekayaannya dari tempatnya, dan mengeluarkannya juga dari tempatnya ."

"Orang seperti apa Abu Bakar menurutmu?"

"Ia tidak pernah menurutiku di masa jahiliyah, apalagi dalam Islam."

"Umar bin Khattab?"

"Demi Allah setiap berjumpa dengannya aku pasti kabur. "

"Usman bin Affan?"

"Aku malu kepada orang yang malaikat pun malu kepadanya ."

"Ali bin Abi Thalib?"

" Aku berharap darinya agar kepalaku selamat, dan berharap ia melepaskanku dan aku melepaskannya. Tetapi ia tak akan mahu melakukan itu." (Ali bin Abi Thalib selau berdzikir terhadap Allah SWT)

AMALAN YANG DAPAT MENYAKITI HATI IBLIS

"Apa yang kau rasakan jika melihat seseorang dari umatku yang hendak solat?"

"Aku merasa panas dingin dan gementar. "

"Kenapa?"

"Sebab, setiap seorang hamba bersujud 1x kepada Allah, Allah mengangkatnya 1 darjat."

"Jika seorang umatku berpuasa?"

"Tubuhku terasa terikat hingga ia berbuka ."

"Jika ia berhaji?"

"Aku seperti orang gila. "

"Jika ia membaca al-Quran?"

"Aku merasa meleleh laksana timah di atas api."

"Jika ia bersedekah?"

"Itu sama saja orang tersebut membelah tubuhku dengan gergaji."

"Mengapa jadi begitu? "

"Sebab dalam sedekah ada 4 keuntungan baginya... Iaitu keberkahan dalam hartanya, hidupnya disukai, sedekah itu kelak akan menjadi hijab antara dirinya dengan api neraka dan segala macam musibah akan terhalau dari dirinya."

"Apa yang dapat mematahkan pinggangmu?"

"Suara kuda perang di jalan Allah."

"Apa yang dapat melelehkan tubuhmu?"

"Taubat orang yang bertaubat."

"Apa yang dapat membakar hatimu?"

"Istighfar di waktu siang dan malam."

"Apa yang dapat mencoreng wajahmu?"

"Sedekah yang diam - diam. "

"Apa yang dapat menusuk matamu?"

"Solat fajar(subuh)."

"Apa yang dapat memukul kepalamu? "

"Solat berjamaah."

"Apa yang paling mengganggumu? "

"Majlis para ulama."

"Bagaimana cara makanmu?"

"Dengan tangan kiri dan jariku."

"Dimanakah kau menaungi anak - anakmu di musim panas?"

"Di bawah kuku manusia."


MANUSIA YANG MENJADI TEMAN IBLIS

Nabi lalu bertanya : "Siapa temanmu wahai Iblis?"

"Pemakan riba."

"Siapa sahabatmu?"

"Penzina."

"Siapa teman tidurmu?"

"Pemabuk.."

"Siapa tetamumu? "

"Pencuri."

"Siapa utusanmu?"

"Tukang sihir."

"Apa yang membuatmu gembira?"

"Bersumpah dengan cerai."

"Siapa kekasihmu? "

"Orang yang meninggalkan solat jumaat"

"Siapa manusia yang paling membahagiakanmu? "

"Orang yang meninggalkan solatnya dengan sengaja."

Iblis Tidak Berdaya Di hadapan Orang Yang Ikhlas

Rasulullah SAW lalu bersabda : "Segala puji bagi Allah yang telah membahagiakan umatku dan menyengsarakanmu. "

Iblis segera menimpali :" Tidak , tidak.. Tak akan ada kebahagiaan selama aku hidup hingga hari akhir. Bagaimana kau boleh berbahagia dengan umatmu, sementara aku boleh masuk ke dalam aliran darah mereka dan mereka tak boleh melihatku.

Demi yang menciptakan diriku dan memberikan ku kesempatan hingga hari akhir, aku akan menyesatkan mereka semua. Baik yang bodoh, atau yang pintar, yang boleh membaca dan tidak boleh membaca, yang durjana dan yang soleh, kecuali hamba Allah yang ikhlas."

"Siapa orang yang ikhlas menurutmu ?"

"Tidakkah kau tahu wahai Muhammad, bahawa barang siapa yang menyukai emas dan perak, ia bukan orang yang ikhlas. Jika kau lihat seseorang yang tidak menyukai dinar dan dirham, tidak suka pujian dan sanjungan, aku boleh pastikan bahawa ia orang yang ikhlas, maka aku meninggalkannya. Selama seorang hamba masih menyukai harta dan sanjungan dan hatinya selalu terikat dengan kesenangan dunia, ia sangat patuh padaku."

IBLIS DIBANTU OLEH 70000 ANAK-ANAKNYA

Tahukah kamu Muhammad, bahawa aku mempunyai 70000 anak.. Dan setiap anak memiliki 70000 syaitan.

Sebahagian ada yang aku tugaskan untuk mengganggu ulama. Sebahagian untuk menggangu anak - anak muda, sebahagian untuk menganggu orang - orang tua, sebahagian untuk menggangu wanita - wanita tua, sebahagian anak -anakku juga aku tugaskan kepada para Zahid.

Aku punya anak yang suka mengencingi telinga manusia sehingga ia tidur pada solat berjamaah. Tanpanya, manusia tidak akan mengantuk pada waktu solat berjamaah.

Aku punya anak yang suka menaburkan sesuatu di mata orang yang sedang mendengarkan ceramah ulama hingga mereka tertidur dan pahalanya terhapus.

Aku punya anak yang senang berada di lidah manusia, jika seseorang melakukan kebajikan lalu ia khabarkan kepada manusia, maka 99% pahalanya akan terhapus.

Pada setiap seorang wanita yang berjalan, anakku dan syaitan duduk di pinggul dan pahanya, lalu menghiasinya agar setiap orang memandanginya.

Syaitan juga berkata, "Keluarkan tanganmu", lalu ia mengeluarkan tangannya lalu syaitan pun menghiasi kukunya.

Mereka, anak - anakku selalu meyusup dan berubah dari satu tempat ke tempat lainnya, dari satu pintu ke pintu yang lainnya untuk menggoda manusia hingga mereka terhempas dari keikhlasan mereka.

Akhirnya mereka menyembah Allah tanpa ikhlas, namun mereka tidak merasa.

Tahukah kamu, Muhammad? Bahawa ada rahib yang telah beribadat kepada Allah selama 70 tahun. Setiap orang sakit yang didoakan olehnya, sembuh seketika. Aku terus menggodanya hingga ia berzina, membunuh dan kufur.

Cara Iblis Menggoda

Tahukah kau Muhammad, dusta berasal dari diriku?

Akulah makhluk pertama yang berdusta.

Pendusta adalah sahabatku. Barangsiapa bersumpah dengan berdusta, ia kekasihku.

Tahukah kau Muhammad?

Aku bersumpah kepada Adam dan Hawa dengan nama Allah bahawa aku benar-benar menasihatinya.

Sumpah dusta adalah kegemaranku.

Ghibah (gosip) dan Namimah (adu domba) kesenanganku.

Kesaksian palsu kegembiraanku.

Orang yang bersumpah untuk menceraikan isterinya ia berada di pinggir dosa walau hanya sekali dan walaupun ia benar. Sebab barang siapa membiasakan dengan kata - kata cerai, isterinya menjadi haram baginya. Kemudian ia akan beranak cucu hingga hari kiamat. Jadi semua anak - anak zina dan ia masuk neraka hanya kerana satu kalimat, CERAI.

Wahai Muhammad, umatmu ada yang suka lalai semasa solat. Setiap ia hendak berdiri untuk solat, aku bisikan padanya waktu masih lama, kamu masih sibuk, lalu ia manundanya hingga ia melaksanakan solat di luar waktu, maka solat itu dipukulkannya kemukanya.

Jika ia berhasil mengalahkanku, aku biarkan ia solat. Namun aku bisikkan ke telinganya 'lihat kiri dan kananmu',

Dia pun menoleh. Pada masa itu aku usap dengan tanganku dan kucium keningnya serta aku katakan 'solatmu tidak sah'.

Bukankah kamu tahu Muhammad, orang yang banyak menoleh dalam solatnya akan dipukul.

Jika ia solat sendirian, aku suruh dia untuk bergegas. Dia pun solat seperti ayam yang mematuk beras.

Jika dia berhasil mengalahkanku dan dia solat berjamaah, aku ikat lehernya dengan tali, hingga dia mengangkat kepalanya sebelum imam, atau meletakkannya sebelum imam.

Kamu tahu bahawa melakukan itu batal shalatnya dan wajahnya akan dirubah menjadi wajah keldai.

Jika dia berhasil mengalahkanku, aku tiup hidungnya hingga dia menguap dalam solat. Jika ia tidak menutup mulutnya ketika menguap, syaitan akan masuk ke dalam dirinya, dan membuatnya menjadi bertambah serakah dan gila dunia.

Dan diapun semakin taat padaku.

Kebahagiaan apa untukmu, sedang aku memerintahkan orang miskin agar meninggalkan solat. Aku katakan padanya, 'kamu tidak wajib solat, solat hanya wajib untuk orang yang berkemampuan dan sihat. Orang sakit dan miskin tidak, jika kehidupanmu telah berubah baru kau solat.'

Dia pun mati dalam kekafiran. Jika dia mati sambil meninggalkan solat maka Allah akan menemuinya dalam kemurkaan.

Wahai Muhammad, jika aku berdusta Allah akan menjadikanku debu.
Wahai Muhammad, apakah kau akan bergembira dengan umatmu padahal aku mengeluarkan seperenam mereka dari islam?


10 PERMINTAAN IBLIS KEPADA ALLAH

"Berapa yang kau pinta dari Tuhanmu?"

"10 macam"

"Apa saja?"

Aku minta agar Allah membiarkanku berbagi dalam harta dan anak manusia, Allah mengizinkan.

Allah berfirman, "Berbagilah dengan manusia dalam harta dan anak. Dan janjikanlah mereka, tidaklah janji syaitan kecuali tipuan." (QS Al-Isra :64)

Harta yang tidak dizakatkan, aku makan darinya. Aku juga makan dari makanan haram dan yang bercampur dengan riba, aku juga makan dari makanan yang tidak dibacakan nama Allah.

Aku minta agar Allah membiarkanku ikut bersama dengan orang yang berhubungan dengan isterinya tanpa berlindung dengan Allah, maka syaitan ikut bersamanya dan anak yang dilahirkan akan sangat patuh kepada syaitan.

Aku minta agar boleh ikut bersama dengan orang yang menaiki kenderaan bukan untuk tujuan yang halal.

Aku minta agar Allah menjadikan bilik mandi sebagai rumahku.

Aku minta agar Allah menjadikan pasar sebagai masjidku.

Aku minta agar Allah menjadikan syair sebagai Quranku.

Aku minta agar Allah menjadikan pemabuk sebagai teman tidurku.

Aku minta agar Allah memberikanku saudara , maka Ia jadikan orang yang membelanjakan hartanya untuk maksiat sebagai saudaraku.

Allah berfirman, "Orang - orang boros adalah saudara - saudara syaitan. " (QS Al-Isra : 27)

Wahai Muhammad, aku minta agar Allah membuatku boleh melihat manusia sementara mereka tidak boleh melihatku.

Dan aku minta agar Allah memberiku kemampuan untuk mengalir dalam aliran darah manusia.

Allah menjawab, "Silakan", aku bangga dengan hal itu hingga hari kiamat. Sebahagian besar manusia bersamaku di hari kiamat.

Iblis berkata : "Wahai muhammad, aku tak bolej menyesatkan orang sedikitpun, aku hanya boleh membisikan dan menggoda."

Jika aku boleh menyesatkan, tak akan tersisa seorangpun.

Sebagaimana dirimu, kamu tidak boleh memberi hidayah sedikitpun, engkau hanya rasul yang menyampaikan amanah.

Jika kau boleh memberi hidayah, tak akan ada seorang kafir pun di muka bumi ini.

Kau hanya boleh menjadi penyebab untuk orang yang telah ditentukan sengsara.

Orang yang bahagia adalah orang yang telah ditulis bahagia sejak di perut ibunya. dan orang yang sengsara adalah orang yang telah ditulis sengsara semenjak dalam kandungan ibunya.

Rasulullah SAW lalu membaca ayat : "Mereka akan terus berselisih kecuali orang yang dirahmati oleh Allah SWT " (QS Hud :118 - 119)

Juga membaca, " Sesungguhnya ketentuan Allah pasti berlaku" (QS Al-Ahzab : 38)

Iblis lalu berkata : " Wahai Rasul Allah takdir telah ditentukan dan pena takdir telah kering. Maha Suci Allah yang menjadikanmu pemimpin para nabi dan rasul, pemimpin penduduk surga, dan yang telah menjadikan aku pemimpin makhluk-makhluk celaka dan pemimpin penduduk neraka. aku si celaka yang terusir, ini akhir yang ingin aku sampaikan kepadamu. Dan aku tak berbohong."


Artikel Berkaitan : Kisah Syaitan dengan Nabi Muhammad s.a.w

#DIKUTIP DARI SYAJARATUL KAUN, DOKTRIN TENTANG PRIBADI MANUSIA PILIHAN, MUHAMMAD SAW, YANG DITULIS OLEH ASY-SYAIKH AL-AKBAR MUHYIDIN IBNU ARABI ABDULLAH MUHAMMAD BIN ALI BIN MUHAMMAD BIN AHMAD BIN ALI AL-HATIMI ATH-THA'I AL-ANDALUSIA), 17 RAMADHAN 560 H - 22 RABI'UTS-TSANI 638 H

Friday 13 July 2012

Contest MEGA2012 Hazwan Hairy

Assalamualaikum...


aip~ petang semua,, kali nyh aisyah join contest untuk header paling banyak LIKE plak .
(cantek sangat ke  header sampai kau nak masok contest nyh aisyah oit)
hahaha,,,
xsalah kan kalaw kita cuba ! rezeki kita x tahu kan,semuanya ALLAH yg tentukan,, 
usaha,tetap usaha ok!

this contest organize by HAZWAN HAIRY
korang2 ,,jom la join,,

NAK JOIN ????? CLICK HERE

Hehe jom join ramai2 ,kita kasi ini contest GEGARRRR!!!~


MY HEADER :

Header aisyah ada maksud kah???
ADA2 ^^,

.. LOVE & BE LOVED .. 
* Love & be Loved membawa maksud MENCINTAI & DICINTAI .. haha sweet x,? 
ok,! cinta adalah fitrah manusia kan, semua manusia dilahirkan mempunyai perasaan cinta..
cinta terbahagi kpda bnyk cabang, jgn pikir cinta kepada kekasih shja ok?? 
cinta yg penting ialah kpda :
ALLAH S.W.T
NABI MUHAMMAD S.A.W
IBU BAPA
KELUARGA
and then barulah:
KEKASIH & KAWAN2 .
stuju x?? >,<

hihi..apabila kita MENCINTAI jiwa kita mesti minta untuk DICINTAI kan? so ,bagi aisyah LOVE & BE LOVED ny saling memerlukan, saling melengkapi antara 1 sama lain .. 
p/s : kita perlu belajar untuk mencintai sebelum kita minta untuk dicintai <3

.. GAMBAR ..
haha ! 2u gambar aisyah ... OWNER BLOG la konon ..

.. LINK ..
t0o link belog aisyah lah ^^, ngee~

.. S.A. LENSA HATIKU ..
nama blog aisyah ok !!


>>> dont forget to vote 4 me ok <<<


Saturday 7 July 2012

cintaku

fuh2! berhabuk sudah  blog aku,. berbulan2 x update hihi ~ 
allolo,,ciannyer blog aku dianaktirikan 
ok ! imback now,hihi

! L0VE !
~ i love u so much ~



* insyaALLAH , aku slalu mendoakan moga kita ditakdirkan untuk hidup bersama selamanya *
<3 ... i love u izzat ... <3





Sunday 10 June 2012

UiTM Arau, Perlis, Malaysia

slm 1 malaysia,salam ukhwah buat semua pembaca blog aisyah k! moga korang sihat selalu n semoga kita semua senantiasa berada dlm keredhaan & keberkatan ALLAH S.W.T ,,amin

alhamdulillah selamat sampai ke UiTM di hatiku Arau,Perlis, hii~
bertolak dlm pkol 8 td  la,,,hhaha,,mak ckp pkol 7,tp besalah janji melayu kan,,? kalau pkol 7,,maksudnyer pkol 8,, ,,macam2 manusia kan,by The waY ,,alhamdulillah smpai jugak kan..yg 2 yg penting sebenarnya.. 

hmm~ camne pon kna maqah la jugak atas keta td dgn abg aku,,,,taw nape?? hmm silap tunjuk jalan,, alaa~ kita pon dah lupa aih,,dah 2 bulan xmai arau,, jln pon dah baru (haha alasan,,padahal x tawu) ..,tp slmat ada GPS kan,,dpat jugak bantu aku tunjuk jalan, Tq GPS noh,,muah3!! haaha~ syg kamoO., 

1st day at UiTM (ceh ! 1st day la sgt) haha,,1st day untuk part 2 la,,, ha~ sampai2 td,,ramai dah  student yg ada,, proses pendaftaran berjalan lancar alhamdulillah.. tgok2 no. bilik tup2! dapat bilik yg aku sayang 3005 hmm~ terima dgn hati terbuka.. alhamdulillah la drpda dpt tingkat atas nuh,,perghh x laqat nak panjat aih,, lagi pon dah biasa dgn bilik 2u  so,,no hal la kan, tpi roomate yg laen,, ngee~ get new fwendz hope kami dapat dok sama2 dgn baek ,aman & sentosa serta bahagia juga gembira,,(panjang benor)..amin,,

* xsabar tunggu esk coz Qindu sangat nak jumpe kawan2 aku huuu~ missssssss2!
moga esok lebih baek drpda hari ini,, 
ok lah ,takat ny je kot,, k,tata~ 
maassalamah illalliqa' 

Thursday 7 June 2012

BAWAL BEJE-BEJE

!!! SOLD OUT !!!
SOE~


 NEW !
baru je sampai,hihi~
berminat,,?? cara2 nak order ada di bawah k,teruskan bacaan ey..:)


boleh berhubung melalui :

sms/call : 0175615911

ATTENTION !
baby pink BB07- sold !
coklat terang BB11- sold !

*yang laen still available ok ^^,





HARGA????

Bawal Beje-Beje

untuk belian ONLINE
harga : rm16 include postage
berminat,,
inbox,nma, alamat, no.telefon , code item ke mana-mana link di atas keyhh ♥ ..

untuk belian OFFLINE
harga : rm10
berminat,,
inbox,nma, alamat, no.telefon , code item ke mana-mana link di atas keyhh ♥ ..



then ! 


BAGAIMANA UNTUK MEMBUAT TEMPAHAN MELALUI ONLINE ? ? ?


* korang tgok item-item yg dijual then korang choose la yg mane korang suka k..

* next , PM saye sama ada kat page ny @ FB sy Siti Aisyah .. sila  InBOX :
   1) nama
    2) alamat
   3) no. telefon
   4) code item ( code item telah diletakkan didalam setiap gambar ok)

*ok,saye akan reply massage anda jika tempahan diterima,

*kemudian, saye akan beri nombor akaun untuk pembayaran
   -akaun BANK ISLAM 
   -akaun BANK SIMPANAN NASIONAL

*selepas pembayaran diterima..

*penghantaran akan dibuat menerusi POS LAJU ( dijamin sampai dalam masa 2 hari )

*saye akan infom No.Tracking anda

soo,,
      tunggu...
           tunggu...

jeng3!
* & lastly : infom saye BILA BARANG DAH SELAMAT SAMPAI keyh

selamat bershop2 ingg..

*** JIKA BARANG TIDAK SAMPAI DALAM MASA 2 HARI, PLEZZ INFOM SAYA K***

apa2 pertanyaan boleh jew contact sye k sama ada sms/call / email / apa2 je lah ..
ok,, wassalam,slmt dtg.. :) ahlan wasahlan ..



***



Thursday 31 May 2012

Konsep manusia menurut pandangan Islam & Barat

Salam ukhwah ~
ok,,entri kali ny tntang tajuk kat atas 2 lah ye,, 
>KONSEP MANUSIA MENURUT PANDANGAN ISLAM & BARAT <
 so?? apa pandangan korang.. haa~ pk2 kan lah ye, ok exctually konsep manusia ny dilihat melalui dua sudut, satu dari sudut islam & lagi satu dari sudut barat.. Mesti korang dah tawu kan,,?? pandangan  antara 2 pihak ini adalah berbeza .. so? apa DIFFERENT nye kan?? meh2 aisyah tunjukkan k,,hihi ok,, apa yg aisyah akan terangkan kat korang ny adalah hasil kajian yg aisyah &  group (aina,lia,shima) buat ,,apa yang kurang harap dimaafkan eyh,,kami pon budak baru belajar,,^^, ,, ..

sebelum 2 : terima kasih kpda pensyarah kami USTAZAH MASTURA BIN RAZALI yg bnyk bantu kami
dan rujukan kami buku2 ilmiah & media massa <3

k meh2 tgok hasil kajian kami..
ni pandangan kami sebelom kami kajian ini dijalankan :

     Menurut  pandangan Islam, manusia didefinisikan sebagai makhluk, mukalaf, mukaram, mukhaiyar, dan mujzak. Manusia adalah makhluk yang memiliki nilai-nilai fitri dan sifat-sifat insaniah, seperti dha’if ‘lemah’ (an-Nisaa’: 28), jahula ‘bodoh’ (al-Ahzab: 72), faqir ‘ketergantungan atau memerlukan’ (Faathir: 15), kafuuro ‘sangat mengingkari nikmat’ (al-Israa’: 67), syukur (al-Insaan:3),  serta fujur dan taqwa (asy-Syams: 8).[1]
      Manusia adalah sejenis makhluk Allah yang teristimewa daripada makhluk lain. Allah telah memilih manusia untuk menjadi khalifah di muka bumi ini bagi menanggung segala amanah Allah yang tidak tertanggung oleh makhluk-makhluk lain, walaupun makhluk-makhluk itu besar dan gagah dari manusia itu sendiri. Kesanggupan dan kebolehan makhluk lain untuk menanggung amanah Allah tidak setanding manusia. Semua makhluk-makhluk lain telah menolak tetapi manusia sanggup menerimanya.


[1] http://permatacanberra.wordpress.com/2007/03/11/manusia-dalam-pandangan-islam/


 ASAL USUL KEJADIAN MANUSIA

MENURUT PANDANGAN ISLAM


Menurut al-Quran sebagai kalamullah yang disampaikan kepada manusia menerusi rasul dan nabi-Nya telah menegaskan bahawa manusia dicipta oleh Allah dari dua unsur iaitu unsur jasmani dan unsur rohani.



Unsur jasmani

Al-Quran telah menceritakan secara terperinci tentang proses kejadian manusia sama ada manusia yang pertama (Adam) ataupun zuriat keturunannya dari sudut unsur jasmaninya.Tentang proses kejadian Adam, al-Quran telah menyebutkan beberapa istilah-istilah:*dari air*dari tanah (al-Turab)*dari pati tanah (al-Tin)*dari tanah tin yang liat dan sebati*dari tanha yang panas dan berbau*dari tanah yang keras seperti tembikar*dari tanah bumi*menjadikan bentuk rupaTentang proses kejadian zuriat keturunan Adam pula, al-quran menjelaskan begitu terperinci melalui istilah:*kejadian janin dalam perut ibu*zuriat kerurunannya dari pati air yang hina*diciptakan berperingkat-peringkat*diciptakan dalam perut ibu dalam tiga peringkat*diciptakan dari nutfah @ air benih*diciptakan dari air mani, alaqah, mudghah, tulang, daging, satu ciptaan lain (dalam bentuk manusia) dan menyempurnakan kejadian (surah al mukminun:12-14) 

Terjemahan:Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah; 12.Kemudian Kami jadikan “pati’ itu (setitis) air benih pada penepatan yang kukuh; 13.Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku. Lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging;kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang;kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging.Setelah sempurna kejadian itu Kamibentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya.Maka Nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta.14
                                                                                    (surah al mu’minun:12-14).

 Secara umumnya unsur kejadian manusia adalah dari bumi. Ilmu Sains telah membuktikan bahawa terdapat dalam diri manusia unsur-unsur yang juga ada pada bumi.walaupun penemuan sains itu tidak boleh dianggap hakikat ilmiah yang mutlak sehingga dapat mentafsirkan hakikat al-Quran dengan tepat,namun ianya dapat menjelaskan sebahagian dari hakikat al-Quran yang mutlak dan sempurna.  

Unsur Rohani
Kejadian manusia yang mengandungi unsur rohani ini dapat dilihat dalam al-Quran:Terjemahan: “Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya,serta Aku tiupkan padanya roh dari (ciptaan) ku,maka hendaklah kamu sujud kepadanya..                                                                                     (Surah al Hijr:29)
                      Dapat difahamkan dari terjemahan di atas bahawa Allah telah meniupkan dari roh ciptaanNya pada jasmani Adam atau jasmani zuriat keturunannya setelah dijadikan bentuk rupanya sebagai manusia.Namun begitu tentang bagaimana roh itu ditiupkan tidak dinyatakan.Sesungguhnya akal manusia tidak mampu untuk memikirkan tentang bagaimana roh itu ditiup.Selain itu maksud terjemahan juga menjelaskan bahawa manusia ini dijadikan dari dua unsur iaitu rohani dan jasmani. Jasmani mempunyai tuntutannya atau keperluan sesuai dengan tabaiat jasmaninya iaitu makan,minum,tidur dan sebagainya. Demikian juga unsur rohani mempunyai tuntutan atau keperluan yang sesuai dengan tabiat kerohaniannya.Sebagaimana tuntutan jasmani itu berpunca dari tanah, maka demikianlah juga tuntutan rohaninya itu berpunca dari alam ketinggian dan kekudusan iaitu terangkum pada akidah,akhlak dan pengabdian, atau ringkasnya yang tersimpul dalam kalimah “ISLAM”.   




MENURUT PANDANGAN BARAT



Kejadian manusia dari sudut pandangan barat pula bersandarkan Teori Evolutionisme @ Darwinisme. Sebahagian orang yang pernah mendengar "teori evolusi" atau "Darwinisme" mungkin beranggapan bahawa konsep-konsep tersebut hanya berkaitan dengan bidang pelajaran subjek biologi dan tidak berpengaruh sedikit pun terhadap kehidupan sehari-hari. Anggapan ini sangat keliru kerana teori ini ternyata lebih dari sekadar konsep biologi. Teori evolusi telah menjadi pondasi sebuah filsafat yang menyesatkan sebagian besar manusia. Filsafat tersebut adalah "materialisme", yang mengandung sejumlah pemikiran penuh kepalsuan tentang mengapa dan bagaimana manusia muncul di muka bumi. Materialisme mengajarkan bahwa tidak ada sesuatu pun selain materi dan materi adalah esensi dari segala sesuatu, baik yang hidup maupun tak hidup. Berawal dari pemikiran ini, materialisme mengingkari keberadaan yang Sang Maha Pencipta.

Semasa abad ke-20, teori evolusi telah dibantah  tidak hanya oleh ilmu biologi molekuler, tapi juga oleh paleontologi, iaitu ilmu tentang fosil. Tidak ada sisa fosil yang mendukung evolusi yang pernah ditemukan dalam penggalian yang dilakukan di seluruh penjuru dunia

Fosil adalah sisa jasad makhluk hidup yang pernah hidup di masa lampau. Bentuk dan susunan kerangka makhluk hidup, yang tubuhnya dilindungi dari sentuhan udara, dapat terawetkan secara utuh. Sisa kerangka ini memberi kita keterangan tentang sejarah kehidupan di bumi. Jadi, catatan fosil lah yang memberikan jawapan ilmiah terhadap pertanyaan seputar asal usul makhluk hidup.



Semasa abad ke-20, teori evolusi telah dibantah  tidak hanya oleh ilmu biologi molekuler, tapi juga oleh paleontologi, iaitu ilmu tentang fosil. Tidak ada sisa fosil yang mendukung evolusi yang pernah ditemukan dalam penggalian yang dilakukan di seluruh penjuru dunia
Fosil adalah sisa jasad makhluk hidup yang pernah hidup di masa lampau. Bentuk dan susunan kerangka makhluk hidup, yang tubuhnya dilindungi dari sentuhan udara, dapat terawetkan secara utuh. Sisa kerangka ini memberi kita keterangan tentang sejarah kehidupan di bumi. Jadi, catatan fosil lah yang memberikan jawapan ilmiah terhadap pertanyaan seputar asal usul makhluk hidup. 



Semasa abad ke-20, teori evolusi telah dibantah  tidak hanya oleh ilmu biologi molekuler, tapi juga oleh paleontologi, iaitu ilmu tentang fosil. Tidak ada sisa fosil yang mendukung evolusi yang pernah ditemukan dalam penggalian yang dilakukan di seluruh penjuru dunia Fosil adalah sisa jasad makhluk hidup yang pernah hidup di masa lampau. Bentuk dan susunan kerangka makhluk hidup, yang tubuhnya dilindungi dari sentuhan udara, dapat terawetkan secara utuh. Sisa kerangka ini memberi kita keterangan tentang sejarah kehidupan di bumi. Jadi, catatan fosil lah yang memberikan jawapan ilmiah terhadap pertanyaan seputar asal usul makhluk hidup. 
                                                     
Pendapat Darwin



Teori evolusi menyatakan bahawa semua makhluk hidup yang beraneka ragam berasal dari satu nenek moyang yang sama. Menurut teori ini, kemunculan makhluk hidup yang begitu beragam terjadi melalui variasi-variasi kecil dan bertahap dalam rentang waktu yang sangat lama. Teori ini menyatakan bahwa awalnya makhluk hidup bersel satu terbentuk. Selama ratusan juta tahun kemudian, makhluk bersel satu ini berubah menjadi ikan dan haiwan invertebrata (tak bertulang belakang) yang hidup di laut. Ikan-ikan ini kemudian diduga muncul ke daratan dan berubah menjadi reptil. Dongeng ini pun terus berlanjut, dan seterusnya sampai pada pernyataan bahawa burung dan mamalia berevolusi dari reptil. Seandainya pendapat ini benar, mestinya terdapat sejumlah besar “spesies peralihan” (juga disebut sebagai spesies antara atau spesies mata rantai) yang menghubungkan satu spesies dengan spesies yang lain yang menjadi nenek moyangnya. Misalnya, jika reptil benar-benar telah berevolusi menjadi burung, maka makhluk separuh-burung separuh-reptil dengan jumlah berlimpah mestinya pernah hidup di masa lalu. Di samping itu, makhluk peralihan ini mestinya memiliki organ dengan bentuk yang belum sempurna atau tidak lengkap. Darwin menamakan makhluk dugaan ini sebagai “bentuk-bentuk peralihan antara”.  Senario evolusi juga mengatakan bahawa ikan, yang berevolusi dari invertebrata, di kemudian hari merubah diri mereka sendiri menjadi amfibi yang dapat hidup di darat. (Amfibi adalah haiwan yang dapat hidup di darat dan di air, seperti katak). Tapi, sebagaimana yang ada dalam benak anda, senario ini tidak memiliki bukti dan tidak ada satu fosil pun yang menunjukkan makhluk separuh ikan separuh amfibi pernah ada.  Di saat mengemukakan teori ini, ia tidak dapat menunjukkan bukti-bukti fosil bentuk peralihan ini. Dengan kata lain, Darwin sekedar menyampaikan dugaan yang tanpa disertai bukti. 



Manusia Berahang Kera


Tengkorak Manusia Piltdown dikemukakan kepada dunia selama lebih dari 40 tahun sebagai bukti terpenting terjadinya "evolusi manusia", tetapi, tengkorak ini ternyata hanyalah sebuah kebohongan ilmiah terbesar dalam sejarah.




 Rekonstruksi tengkorak manusia Piltdown yang pernah  diperlihatkan di berbagai museum Pada tahun 1912, seorang doktor terkenal yang juga ilmuwan paleoantropologi amatir, Charles Dawson, menyatakan dirinya telah menemukan satu tulang rahang dan satu fragmen tengkorak dalam sebuah lubang di Piltdown, Inggris. Meskipun tulang rahangnya lebih menyerupai kera, gigi dan tengkoraknya menyerupai manusia. Spesimen ini diberi nama "Manusia Piltdwon". Fosil ini diyakini berumur 500.000 tahun, dan dipamerkan di pelbagai muzium sebagai bukti nyata evolusi manusia. Selama lebih dari 40 tahun, banyak artikel ilmiah telah ditulis tentang "Manusia Piltdown", sejumlah besar penafsiran dan gambar telah dibuat, dan fosil ini diperlihatkan sebagai bukti penting evolusi manusia. Tidak kurang dari 500 tesis doktoral telah ditulis tentang masalah ini. (Malcolm Muggeridge, The End of Christendom, Grand Rapids, Eerdmans, 1980, hal. 59.) Pada tahun 1949, Kenneth Oakley dari departemen paleontologi British Museum mencuba melakukan "uji fluorin", sebuah cara uji baru untuk menentukan umur sejumlah fosil kuno. Pengujian dilakukan pada fosil Manusia Piltdown. Hasilnya sungguh mengejutkan. Selama pengujian, diketahui ternyata tulang rahang Manusia Piltdown tidak mengandung fluorin sedikit pun. Ini menunjukkan tulang tersebut telah terkubur tak lebih dari beberapa tahun yang lalu. Sedangkan tengkoraknya, yang mengandungi sejumlah kecil fluorin, menunjukkan umurnya hanya beberapa ribu tahun. Penelitian lebih lanjut mengungkapkan bahawa Manusia Piltdown merupakan penipuan ilmiah terbesar dalam sejarah. Ini adalah tengkorak buatan; tempurungnya berasal dari seorang lelaki yang hidup 500 tahun yang lalu, dan tulang rahangnya adalah milik seekor kera yang belum lama mati. Kemudian gigi-giginya disusun dengan rapi dan ditambahkan pada rahang tersebut, dan persendi-annya diisi agar menyerupai pada manusia. Kemudian seluruh bahagian ini diwarnai dengan potasium dikromat untuk memberinya penampakan kuno. Le Gros Clark, salah seorang anggota tim yang mengungkap pemalsuan ini, tidak mampu menyembunyikan keterkejutannya dan mengatakan: "bukti-bukti abrasi tiruan segera tampak di depan mata. Ini terlihat sangat jelas sehingga perlu dipertanyakan - bagaimana hal ini dapat luput dari penglihatan sebelumnya?" (Stephen Jay Gould, "Smith Woodward's Folly", New Scientist, 5 April 1979, hal. 44) Ketika kenyataan ini terungkap, "Manusia Piltdown" dengan segera dikeluarkan dari British Museum yang telah memamerkannya selama lebih dari 40 tahun. 



Manusia Piltdown merupakan pemalsuan yang dilakukan dengan merekatkan rahang kera pada tengkorak manusiaSkandal Piltdown dengan jelas memperlihatkan bahwa tidak ada yang dapat menghentikan para evolusionis dalam rangka membuktikan teori-teori mereka. Bahkan, skandal ini menunjukkan para evolusionis tidak memiliki penemuan apa pun yang mendukung teori mereka kerana mereka tidak memiliki bukti apa pun, mereka memilih untuk membuatnya sendiri.



Tatkala Manusia Mencari Asal Usulnya


Walaupun para evolusionis tidak berhasil menemukan bukti ilmiah untuk mendukung teori mereka, mereka sangat berhasil dalam satu hal: propaganda. Unsur paling penting dari propaganda ini adalah gambar-gambar palsu dan bentuk tiruan yang dikenal dengan "rekonstruksi".

Rekonstruksi dapat diertikan sebagai membuat lukisan atau membangun model makhluk hidup berdasarkan satu potong tulang yang ditemukan dalam penggalian. "Manusia-manusia kera" yang kita lihat di surat khabar , majalah atau filem semuanya adalah rekonstruksi.

Ketika mereka tidak mampu menemukan makhluk "setengah manusia setengah kera" dalam catatan fosil, mereka memilih membohongi masyarakat dengan membuat gambar-gambar palsu.

Sama seperti pernyataan evolusionis yang lain tentang asal-usul makhluk hidup, pernyataan mereka tentang asal-usul manusia pun tidak memiliki landasan ilmiah. Pelbagai penemuan menunjukkan bahawa "evolusi manusia" hanyalah dongeng belaka. 




Darwin mengemukakan pernyataannya bahwa manusia dan kera berasal dari satu nenek moyang yang sama dalam bukunya The Descent of Man yang terbit tahun 1971. Sejak saat itu, para pengikut Darwin telah berusaha untuk memperkuat kebenaran pernyataan tersebut. Tetapi, walaupun telah melakukan pelbagai penelitian, pernyataan "evolusi manusia" belum pernah dilandasi oleh penemuan ilmiah yang nyata, khususnya di bidang fosil.

~LAMPIRAN~


KEJADIAN MANUSIA MENURUT PANDANGAN ISLAM

   KEJADIAN MANUSIA MENURUT PANDANGAN BARAT


Evolusi manusia


 Manusia kera dari Afrika Selatan


SO,, SEBAGAI KESIMPULANNYA ^^,
Sebagai manusia yang bersifat lemah, kami telah mencuba sedaya upaya untuk membuat kajian tentang konsep manusia menurut pandangan islam dan barat. Menurut pandangan islam, manusia adalah  sejenis makhluk Allah yang teristimewa daripada makhluk lain. Ia bukan jelmaan atau hasil evolusi dari makhluk lain dan tidak akan berevolusi menjadi makhluk lain pula. Manusia juga diberikan sifat-sifat khusus yang membolehkannya menanggung amanah Allah yang tidak tertanggung oleh makhluk lain. Keistimewaan manusia tidak ditentukan oleh bahan baku dari mana ia diciptakan, melainkan dari adanya roh yang ditiupkan kepadanya dan kemampuan rohani yang diberikan Allah kepadanya. Kejadian manusia adalah sebaik dan seindah kejadian iaitu keindahan yang dikehendaki dalam kedua-dua unsurnya iaitu jasmani dan rohani. Walaupun manusia dicipta dari dua unsur yang berbeza dan bercanggah tetapi dengan kekuasaan Allah telah mencantumkan kedua-dua unsur tersebut dalam satu bentuk kejadian yang dinamakan manusia.
        Manakala menurut pandangan barat, manusia dikatakan berasal daripada haiwan. Ia lahir di penghujung proses evolusi pada alam binatang.  Darwin menteorikan bahawa manusia dan beruk sama bermoyangkan kera-purba. Teori sains itu adalah jawapan akal manusia. Manusia adalah makhluk yang terhad, kerana itu akalnya terbatas sekalipun begitu tinggi ilmu dan teknologi yang dihasilkannya di zaman moden ini. Kerana terhadnya akal terbatas pulalah teori evolusi yang disusunnya.
        Dengan itu, terbukti lah bahawa pandangan barat mengenai manusia tidak boleh diterima sama sekali. Sesungguhnya di dalam Al-Quran telah dinyatakan tentang proses kejadian manusia dan bukannya berasal daripada haiwan.